Ekonomi Kesultanan_Aceh

Setelah kejatuhan Melaka, Aceh menguasai perdagangan di Selat Melaka. Kedudukan geografinya yang terletak di pintu masuk Selat Melaka memainkan peranan yang penting. Pedagang-pedagang dari China, India, Parsi dan Tanah Arab datang berdagang di Aceh. Faktor kedua yang menyumbang kepada kemajuan pelabuhan entrepot Aceh ini ialah kerana layanan buruk Portugis kepada pedagang-pedagang Asia di Melaka menyebabkan pedagang-pedagang bertukar pelabuhan ke Aceh dan Johor.

Eksport utama Aceh ialah rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, dan juga timah.[1] Aceh mendapatkan timah dari Pahang yang ketika itu menjadi naungannya. Kadar faedah yang rendah dan penggunaan mata wang emas mengukuhkan lagi ekonomi Aceh.[2] Ekonomi Aceh walau bagaimana pun masih lagi rapuh kerana kesukarannya dalam membiayai operasi ketenteraannya.[3]

Rujukan

WikiPedia: Kesultanan_Aceh //scholar.google.com/scholar?q=%22Kesultanan+Aceh%... //www.google.com/search?&q=%22Kesultanan+Aceh%22+s... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kesul... //www.google.com/search?q=%22Kesultanan+Aceh%22&tb... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Kesultanan+... http://history.melayuonline.com/?a=THNWL29QTS9VenV... http://ricisan.wordpress.com/2007/01/05/sedikit-be... http://kawansejati.ee.itb.ac.id/node/15655 http://flagspot.net/flags/id-pra.html#atjeh http://swaramuslim.net/more.php?id=A495_0_1_0_M