Sejarah Kesultanan_Aceh

Sempadan Aceh ketika kegemilangannya

Sejarah awal

Kesultanan Aceh diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada tahun 1496. Ketika pemerintahan beliau, negeri Aceh berkembang sehingga ke Daya, Pedir, Pasai dan Aru. Beliau kemudiannya digantikan oleh Sultan Salahudin yang memerintah dari 1528 hingga 1537. Sultan Salahudin kemudianya digantikan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah al-Kahar yang meneruskan pemerintahan Aceh hingga 1568.

Zaman kegemilangan

Kemuncak pemerintahan Aceh ialah ketika zaman Sultan Iskandar Muda (1607 - 1636). Ketika zaman beliau, Aceh berjaya melemahkan Portugis di Melaka dan meluaskan pengaruhnya di Sumatera dan Semenanjung Melayu. Selain itu, Aceh juga turut mengadakan hubungan diplomasi dengan negeri-negeri di sekitar Lautan Hindi dan juga berjaya mendominasi perdagangan di Selat Melaka.

Dalam lapangan pembinaan kesusasteraan dan ilmu agama, Aceh telah melahirkan beberapa ulama ternama, yang karangan mereka menjadi rujukan utama dalam bidang masing-masing, seperti Hamzah Fansuri dalam bukunya Tabyan Fi Ma'rifati al-U Adyan, Syamsuddin al-Sumatrani dalam bukunya Mi'raj al-Muhakikin al-Iman, Nuruddin al-Raniri dalam bukunya Sirat al-Mustaqim, dan Syekh Abdul Rauf Singkil dalam bukunya Mi'raj al-Tulabb Fi Fashil.

Kejatuhan Aceh

Kejatuhan bermula selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641. Penganti beliau selepas itu adalah beberapa raja permaisuri yang lemah. Malahan, negeri-negeri naungan Aceh mula menetang Aceh dan membebaskan diri mereka. Belanda mula mara di Sumatera, menguasai satu demi satu negeri-negeri di Sumatera. Pada 1873, tercetuslah Perang Aceh, sebuah peperangan antara Kesultanan Aceh dengan Belanda. Pada tahun 1874, Sultan Aceh terakhir, Sultan Mahmud Syah, melarikan diri ke pergunungan sekaligus mengakhiri kesultanan Aceh.

Rujukan

WikiPedia: Kesultanan_Aceh //scholar.google.com/scholar?q=%22Kesultanan+Aceh%... //www.google.com/search?&q=%22Kesultanan+Aceh%22+s... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kesul... //www.google.com/search?q=%22Kesultanan+Aceh%22&tb... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Kesultanan+... http://history.melayuonline.com/?a=THNWL29QTS9VenV... http://ricisan.wordpress.com/2007/01/05/sedikit-be... http://kawansejati.ee.itb.ac.id/node/15655 http://flagspot.net/flags/id-pra.html#atjeh http://swaramuslim.net/more.php?id=A495_0_1_0_M