Kesusasteraan_Islam
Kesusasteraan_Islam

Kesusasteraan_Islam

Kesusasteraan Islam merujuk kepada kesusasteraan yang ditulis daripada sudut pandangan Islam dalam apa jua bahasa. Fiksyen daripada dunia Islam yang paling terkenal mungkin merupakan Hikayat Seribu Satu Malam yang terdiri daripada banyak cerita rakyat yang lebih awal yang dikisahkan oleh permaisuri Parsi, Scheherazade. Karya sajak Dante Alighieri iaitu Divina Commedia (Komedi Ketuhanan), yang dianggap sebagai epik terunggul dalam kesusasteraan Itali, mendapatkan banyak ciri dan peristiwa tentang alam baqa, baik secara langsung mahupun tidak, daripada karya-karya Arab tentang eskatologi Islam, termasuk: Orang Moor juga mempunyai pengaruh yang ketara pada karya George Peele dan William Shakespeare. Sesetengah karya mereka menonjolkan watak-watak Moor, seperti dalam The Battle of Alcazar (Pertempuran Alcazar) yang ditulis oleh Peele, serta juga The Merchant of Venice (Saudagar dari Venice), Titus Andronicus dan Othello yang ditulis oleh Shakespeare. Karya-karya itu dikatakan diilhami oleh perutusan Moor dari Maghribi ke England Elizabeth pada awal abad ke-17.[2]