Ketam_Kecil_(buruj)
Ketam_Kecil_(buruj)

Ketam_Kecil_(buruj)

Ketam Kecil (atau dalam bahasa Latin dikenali sebagai Cancer Minor) merupakan sebuah buruj yang terdiri daripada bintang dalam Kembar (Gemini), bersebelahan dengan Ketam (Cancer). Buruj ini diperkenalkan pada tahun 1612 (atau 1613) oleh Petrus Plancius.[1]Bintang-bintang magnitud ke-5 yang membentuk Ketam Kecil adalah HIP 36616 dan 68, 74, 81 serta 85 Geminorum, membentuk asterisme berbentuk anak panah semula jadi yang malap.Ia hanya boleh didapati pada glob samawi Belanda abad ke-17 dan didalam atlas karya Andreas Cellarius. Kini, buruj ini tidak lagi digunakan selepas abad ke-18.