Ketuanan_Putih

Ketuanan kulit putih ialah sebuah ideologi perkauman yang diasaskan fahaman bahawa orang kulit putih lebih mulia dan hebat berbanding bangsa-bangsa lain lalu perlu menunjukkan kekuasaan dominan mereka kalangan bangsa-bangsa lain yang dianggap hina. Fahaman ini bardasarkan rasisme saintifik yang turut dikukuhkan hujahan pseudosains.Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan ideologi politik yang mengekalkan kekuasaan masyarakat, politik, sejarah atau institusi yang diasaskan orang berkulit putih.[1][2] Fahaman ketuanan ini berbeza-beza dari tempat ke tempat berdasarkan pentakrifan tersendiri mengenai siapa yang dikenal pasti sebagai orang yang "berkulit putih", dan setiap kumpulan yang diasakan berdasarkan ideologi ini mempunyai musuh tersendiri mereka berdasarkan kumpulan ras dan budaya tertentu.[3]