Kevin_Cheng
Kevin_Cheng

Kevin_Cheng

Kevin Cheng merupakan seorang penyanyi dan pelakon TVB di Hong Kong. Kepopularannya baru-baru ini muncul disebabkan peranan utamanya dalam Hard Fate, Split Second, Under the Canopy of Love, The Seventh Day dan lebih terkini, Forensic Heroes II, yang baru tamat siarannya dalam televisyen Hong Kong pada Jun 2008.Kelvin memenangi anugerah "Pelakon Utama Terbaik" dalam Anugerah Hari Ulang Tahun TVB untuk peranannya sebagai "Alan" dalam Under the Canopy of Love. Mengikut khabar angin, dia sedang memikat pelakon bersamanya, Niki Chow, yang 10 tahun lebih muda. Mereka telah berlakon bersama sebagai pasangan sebanyak tiga kali dalam Hard Fate, Under the Canopy of Love, dan The Seventh Day. Peranan Kelvin yang penuh dengan kontroversi dalam The Ultimate Crime Fighter telah diperlihatkan sebagai pencapaiannya yang terbaik setakat ini.