Format Keynote

Format pertandingan

Keynote ialah sebuah program TV realiti yang mencari penerbit dan komposer muda yang berumur lingkungan diantara 18 hingga 35 tahun. Lagu-lagu hasil ciptaan para peserta akan dipersembahkan oleh penyanyi-penyanyi profesional tanah air pada setiap minggu konsert berlangsung.

Lokasi ujibakat

Sesi uji bakat telah diadakan di tiga buah lokasi berbeza iaitu di Wisma Bentley, Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya serta Sabah Institute of Art di Kota Kinabalu. Setelah selesai proses ujibakat, akhirnya penerbit album dan komposer, Mohd Faizal Maas atau Ajai yang bertindak sebagai dekan bagi program realiti Keynote yang bertujuan mencari bakat muda dalam bidang penerbitan serta penciptaan lagu telah menemui 12 calon yang sesuai.

Penilaian dan undian

Para peserta akan dinilai oleh juri. Pihak juri akan memberikan 50% markah dan manakala 50% lagi adalah undian SMS melalui penonton bagi keputusan penyingkiran setiap minggu.