Khalid Salleh (29 Februari 1948 - 23 Julai 2018) merupakan seorang penjual ubat, pelakon, penulis, penyair, dan tokoh teater Malaysia.
[1]Kejayaannya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di
Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) 1998 menerusi filem Jogho, menjadikannya rakyat Malaysia kedua yang memenangi anugerah itu selepas seniman agung
P. Ramlee yang meraihnya menerusi filem
Anakku Sazali pada edisi FFAP ke-4 yang diadakan di Tokyo, Jepun pada 1956.Khalid dianggap sebagai tokoh penting dalam seni teater dan sastera Malaysia, dengan karyanya lantang mengkritik dan kritis terhadap permasalahan dalam masyarakat merangkumi pelbagai aspek; sosial, politik, kehidupan, dan agama. Berpegang tegung kepada prinsip kebenaran, ada antara karyanya mencetuskan kontroversi. Insan seni sejati, Khalid berkebolehan dan mahir dalam bidangnya, juga pandai bersyair, berpantun, berseloka, menari, menyanyi, dan bermain muzik. Seniman berdarah Jawa ini dianggap tokoh yang unik dalam kesenian dan kebudayaan negara. Seorang yang berani dan jujur dalam berkarya dan selesa tidak berada di bawah lampu sorot.