Khamis

Hari Khamis (Thursday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari ke-5 dalam seminggu dan terletak antara Rabu dan Jumaat. Perkataan Khamis itu berasal daripada Bahasa Arab, yang bermakna lima, iaitu hari kelima dalam seminggu.Di United Kingdom, pilihan raya biasanya diadakan pada hari Khamis. Hal ini adalah untuk memastikan kehadiran pengundi yang ramai, kerana gaji selalunya dibayar pada hari Jumaat. Jika dibuat pada hari lain, rakyatnya mungkin lebih berminat membeli-belah daripada mengundi.