PengenalanDinasti Hamdan (
Bahasa Arab: حمدانيون Ḥamdānyūn) adalah sebuah dinasti
Syiah,
[1] Muslim,
Arab yang terletak di utara
Iraq (
al-Jazirah) dan
Syria (890-1004). Mereka berasal daripada puak purba Kristian iaitu
Bani Taghlib dari
Timur Arab. Selama kekacauan di
Samarra, mereka bergerak untuk menguasai kota
Mosul, dan beberapa pembesar Taghlib berhasil menjadi gabenor kota itu secara bergantian. Sekitar tahun 879M, mereka digantikan oleh
Isa Bin Kundajiq, seorang panglima Turki. Penggantian ini adalah usaha untuk memulihkan kekuasaan pemerintah
Baghdad di daerah pembesar Taghlib. Akibatnya, para pembesar Taghlib diantaranya
Hamdan Bin Hamdun, memerangi
Khawarij untuk memperoleh kembali posisi mereka di Al-Jazirah. Pada tahun 892M,
Khalifah Al-Mu'tadid berhasil menegakkan kembali keamanan di kawasan tersebut. Usaha
Hamdan Bin Hamdun menemui kegagalan, ketika tahun 895M, ia dipaksa menyerah kepada
Khalifah Al-Mu'tadid di
Mosul Pada tahun 896M, beliau dibebaskan dan dibenarkan merekrut pengikutnya untuk membuat pasukan kecil untuk bertempur dengan
Khawarij di
Al-Jazirah. Ekspedisi itu berhasil dan sebagai imbalannya,
Husain, anak Hamdan dapat meminta pembebasan ayahnya dan menarik pajak Bani Taghlib. Husain juga dibolehkan merekrut pasukan berjumlah 500 orang
Bani Taghlib untuk membentuk pasukan khalifah yang dibayar oleh pemerintah. Saudara
Husain,
Abu Al-Haija, diangkat sebagai gabenor Mosul pada tahun 905M. Menjelang akhir pemerintahan
Khalifah Al-Muktafi pada tahun 908M,
Husain memantapkan posisinya sebagai salah seorang panglima terkemuka dalam pasukan khalifah. Pada tahun itu juga,
Husain menjadi salah seorang ketua pemberontak yang gagal melawan
Khalifah Al-Muqtadir yang dilancarkan atas nama
Ibnu Al-Mu'tazz, anak
Al-Mu'tazz, khalifah Abbasiyah ke-13, yang kemudian melarikan diri ke
Mosul. Pada tahun 914M,
Husain terlibat dalam pemberontakan lainnya yang gagal sehingga beliau ditangkap dan dibunuh di
Baghdad pada tahun 918M.
a) Penguasa Dinasti Hamdani di Mosul1)
Abu Al-Haija (905-929M)• Pernah ditangkap oleh pihak
Qaramitah ketika memimpin haji pada tahun 924M, namun beliau dapat berunding untuk pembebasan dirinya dan para tahanan lain.• Melindungi
Iraq dari serangan
Qaramitah semasa krisis tahun 927M.• Menjalin hubungan baik dengan
Mu'nis, panglima tentera di
Baghdad.• Pada tahun 929M, beliau menjadi pendukung utama
Khalifah Al-Qahir dalam rampasan kuasa yang gagal dan beliau akhirnya dibunuh.2)
Hasan Bin Abu Al-Haija• Diterima oleh pemerintah
Baghdad sebagai penguasa
Mosul dan
Al-Jazirah sehingga perbatasan
Bizantine.• Bergerak menuju selatan dan diangkat sebagai 'amir al-umara' di
Baghdad dengan gelaran Nasr Ad-Daulah.• Mengundur diri ke
Mosul, tempat beliau mencapai persetujuan dengan 'amir al-umara- yang baru,
Tuzun ( komander pasukan Turki di Baghdad ) untuk menguasai
Al-Jazirah dan
Suriah Utara. Sebagai balasan, beliau membayar ufti sebanyak 3.6 juta dirham.• Banyak konflik dengan
Dinasti Buwaihi berlaku. Serangan yang paling serius terjadi pada tahun 958-959M ketika
Nasr Ad-Daulah dipaksa melarikan diri ke saudaranya,
Saif Ad-Daulah yang merundingkan persetujuan baru dengan
Mu'izz Ad-Daulah ( penguasa Dinasti Buwaihi di Baghdad]].• Pada tahun 964M,
Mu'izz Ad-Daulah melancarkan serangan lain sehingga
Nasr Ad-Daulah dipukul mundur dan lari
Mosul dan lari ke bukit.• Seorang pembesar yang lemah. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan bahawa beliau tidak dapat memanfaatkan kematian
Mu'izz Ad-Daulah• Meninggal 2 tahun selepas kematian
Mu'izz Ad-Daulah3)
Hamdan Bin Hasan• Ditunjuk oleh ayahnya sebagai pengganti• Berlakunya perang saudara dengan
Abu Taghlib, (saudaranya dari ibu yang berbeza).
abu Taglib akhirnya terbunuh di Ramlah pada tahun 979M.• Berlakunya konflik dengan
Adud Ad-Daulah, penguasa
Dinasti Buwaihi.Saudara
Abu Taghlib yang masih hidup,
Husain dan
Ibrahim bekerja untuk
Adud Ad-Daulah yang menjamin penguasaan atas
Al-Jazirah. Pada tahun 989M, dua bersaudara itu menegakkan kembali kekuasaan Dinasti Hamdani di Mosul dengan bantuan suku Uqail yang berpengaruh di daerah tersebut pada waktu itu. Pemimpin Uqail menegakkan kekuasaan mereka sendiri di Mosul dan membunuh
Husain.
Ibrahim pula mengabdikan diri kepada
Khilafah Fatimiyyah di
Mesir dan
Syria.
b) Penguasa Dinasti Hamdani di Aleppo1)
Ali Bin Hasan/ Saif Ad-Daulah (944-967M)• Berjaya menguasai
Aleppo pada tahun 944M dengan bantuan suku
Badwi Bani Kilab yang menempati kawasan timur dan tenggara kota itu. Sebelum ini, kota
Aleppo dikuasai oleh
Dinasti Ikhsyid.• Selama awal pemerintahannya,
Saif Ad-Daulah sibuk dengan usahanya dalam mencapai persetujuan untuk menegakkan kekuasaannya dengan
Dinasti Ikhsyid dan suku
Arab.• Cuba mengambil
Damascus, tetapi
Dinasti Ikhsyid sendiri datang menggagalkan rencana itu dan perdamaian diusahakan pada tahun 945M. Perdamaian ini memudahkan Saif Ad-Daulah menguasai
Antiokia dan
Homs.• Setelah menguasai
Aleppo, beliau terpaksa berhadapan dengan
Bizantine hampir setiap tahun. Pada tahun 950M, beliau memimpin 30,000 tenteranya dan 4000 orang
Tatrus untuk menjarah, tetapi memperoleh malapetaka.• Membangunkan kembali benteng sempadan seperti
Mar'asy dan
Hadas pada tahun 952M.• Beliau menghadapi tekanan dari
Bizantine dari tahun 956M, suatu tekanan yang tidak dapat ditangani secara berkesan.• Pada tahun 962M, tentera
Bizantine menyerang
Aleppo. Beliau gagal memberi tentangan sengit, beliau mengundurkan diri ke
Mayyafariqin dan meninggalkan sebilangan kecil tentera untuk bertahan. Walaubagaimanapun, kota
Aleppo akhirnya ditakluki.• Pada tahun 962M,
Mar'asy pun jatuh.• Pada tahun 965M,
Mashisha dan
Tatrus dikuasai
Bizantine dan ia menegakkan kekuasaannya di
Sicilly.• Meninggal pada tahun 967M.2)
Syarif Sa'd Ad-Daulah• Diakui sebagai penguasa oleh wazir ayahnya di
Aleppo, Qarquya, tetapi beliau dianjurkan untuk menjauh dari kota itu. Banyak sahabat ayahnya pergi bergabung dengan sepupunya,
Abu Taglib di
Mosul, sementara beliau sendiri dengan hanya 300 orang pengikut ditolak masuk ke
Harran dan diusir dari
Mayyafariqin oleh ibunya sendiri.• Pernah tidak mempunyai wilayah mahupun ibukota selama 10 tahun berikutnya (968-977M).• Posisi beliau membaik pada tahun 977M, ketika dua dari pelayan ayahnya mengundangnya untuk bergabung dalam usaha menakluki
Aleppo. Saat ini, kekuasaan
Qarquya ke atas
Aleppo telah jatuh ke tangan seseorang yang berasal dari
Circassia bernama
Bakjur.• Dapat menawan kembali
Aleppo dengan bantuan
Bani Kilab.• Setelah
Aleppo dikuasai semula,
Sa'd Ad-Daulah meneruskan kebergantungannya terhadap
Bizantine, yang mendukungnya dengan 6000 tentera
Yunani dan
Armenia melawan serangan
Bakjur dan
Dinasti Fatimiah.• Meninggal dunia pada tahun 991M.3) Sa'id Ad-Daulah• Seorang penguasa yang sangat lemah dan bergantung kepada penasihatnya,
Lu'lu yang meneruskan kebergantungan terhadap
Bizantine.• Meninggal pada tahun 1002M dan kekuasaan
Dinasti Hamdani di
Aleppo pun berakhir.
Pemerintahan Hassan
Nasir al-Dawla (929-968), gabenor Mosul dan
Diyar Bakr, telah memerintah dengan zalim yang mana menyebabkan beliau digulingkan oleh kaum keluarga beliau sendiri.Keturunan beliau terus memerintah di Mossul, sebelum kalah teruk semasa perang dengan
Buyid antara tahun 979 sehingga 990. Selepas ini, kawasan kawalan mereka di utara Iraq telah dibahagikan di antara
Uqaylid dan
Marwanid.Ali
Sayf al-Dawla 'Pedang Negara' memerintah (945-967) Utara Syria daripada Aleppo, dan menjadi pesaing paling penting semasa perluasan semula kuasa
Empayar Byzantine Kristian. Istana beliau menjadi pusat budaya, di sebabkan perkembangan kesusasteraan Arab, tetapi hilang status ini apabila Byzantine menakluk Aleppo.Bagi menghentikan kemaraan Byzantine, Aleppo telah diletakkan di bawah kekuasaan
khilafah Fatimiyyah dari
Mesir, tetapi pada tahun 1003; bani Hamdan digulingkan oleh Fatimiyyah.