Kilat
Kilat

Kilat

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.[1] Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah.[2][3] Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.[1]Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.[1][4]Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar X.

Rujukan

WikiPedia: Kilat http://www.aldis.at http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?... http://www.archaeophysics.com/pubs/LIRM.html http://books.google.com/books?id=4L80AAAAMAAJ&pg=P... http://www.howstuffworks.com/Lightning.htm http://infoniac.com/science/terawatt-laser-beam-sh... http://green.nationalgeographic.com/environment/na... http://www.nature.com/news/2004/040906/pf/431120a_... http://www.newscientist.com/article/dn9293-physici... http://www.newscientist.com/channel/fundamentals/d...