Killers_of_the_Flower_Moon

Killers of the Flower Moon ("Pembunuh Bulan Purnama Mei") ialah sebuah filem drama sejarah dan jenayah[4] Amerika Syarikat tahun 2023 arahan Martin Scorsese berdasarkan skrip tulisan bersama Eric Roth adaptasi buku setajuk 2017 karya David Grann[5][6] mengisahkan beberapa kes pembunuhan ngeri serata Oklahoma menyasarkan keluarga Mollie Burkhart, seorang jutawan minyak peribumi Wazhazhe sepanjang dekad tahun 1920-an yang mendapat perhatian Biro Penyiasatan Persekutuan yang baru sahaja ditubuhkan.[7][8] Filem ini dibintangi Leonardo DiCaprio, Robert De Niro, Lily Gladstone, Jesse Plemons, Tantoo Cardinal, John Lithgow dan Brendan Fraser.Ia tayang perdana pada temasya ke-76 Festival Filem Cannes pada 20 Mei 2023 sebelum kemudian diedarkan se-Amerika Syarikat tanggal 2 Oktober tahun sama[9] oleh Apple Original Films bersama Paramount Pictures dalam format IMAX;[10][11] ia bakal diedarkan dalam pelantar penstriman Apple TV+.[12][6]

Killers_of_the_Flower_Moon

Bahasa
Berdasarkan Killers of the Flower Moon oleh
David Grann
Disunting oleh Thelma Schoonmaker
Muzik oleh Robbie Robertson
Pengarah Martin Scorsese
Dihasilkan oleh
Pecah panggung USD44 juta[3]
Syarikatpenerbitan
Lakon layar
Sinematografi Rodrigo Prieto
Bajet USD200 juta[2]
Tarikh tayangan
  • 20 Mei 2023 (2023-05-20) (Cannes)
  • 20 Oktober 2023 (2023-10-20) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan 206 minit[1]
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi
Diedarkan oleh

Rujukan

WikiPedia: Killers_of_the_Flower_Moon https://www.bbfc.co.uk/release/killers-of-the-flow... https://web.archive.org/web/20230831142257/https:/... https://www.indiewire.com/2020/08/osage-nation-feb... https://web.archive.org/web/20191227091805/https:/... https://www.the-numbers.com/movie/Killers-of-the-F... https://variety.com/2023/film/news/killers-of-the-... https://web.archive.org/web/20230522145932/https:/... https://directories.wga.org/project/1206057/killer... https://web.archive.org/web/20220716214026/https:/... https://www.hollywoodreporter.com/movies/movie-new...