Kilometer_sifar
Kilometer_sifar

Kilometer_sifar

Di kebanyakan negara, kilometer sifar (juga ditulis 0 km) atau istilah sama dalam bahasa lain (juga dikenali sebagai penanda batu kosong, stesen kawalan atan titik kawalan) merujuk kepada satu lokasi khusus (biasanya terletak di ibu negara), dari mana jarak diukur secara tradisional. Terdahulu, batu penanda adalah tanda di mana pemandu boleh menetapkan odometer mereka untuk mengikut arah pada awal buku panduan.[1]Salah satu penanda itu ialah Milliarium Aureum ("Golden Milestone") dari Empayar Rom, yang dipercayai sebagai asal literal bagi pepatah Inggeris bahawa "semua jalan menuju Rom".Di Malaysia, kilometer sifar bagi jalan raya di Semenanjung Malaysia terletak di Pejabat Pos Besar Johor Bahru dan bukannya di ibu negara di Kuala Lumpur sebagaimana kebanyakan negara lain. Ia berikutan jarak bagi ketiga-tiga laluan tulang belakang utama di Semenanjung Malaysia iaitu Laluan Persekutuan Malaysia 1, Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan Laluan Persekutuan Malaysia 5 dikira dari Johor Bahru.[2]

Rujukan

WikiPedia: Kilometer_sifar //scholar.google.com/scholar?q=%22Kilometer+sifar%... //www.google.com/search?&q=%22Kilometer+sifar%22+s... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kilom... //www.google.com/search?q=%22Kilometer+sifar%22&tb... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Kilometer+s... http://www.iup.edu/geography/Faculty/LHPDF/Resourc... http://melakafm.rtm.gov.my/berita/8-berita/56-jela... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://web.archive.org/web/20060906125143/http://...