King_Charles_spaniel
King_Charles_spaniel

King_Charles_spaniel

King Charles spaniel atau spaniel mainan Inggeris (Bahasa Inggeris: English toy spaniel) ialah satu baka anjing jenis spaniel. Pada 1903, The Kennel Club menggabungkan empat baka spaniel mainan berlainan atas satu judul tunggal ini. Keragaman lain yang bercantum menjadi baka ini ialah blenheim spaniel, ruby spaniel dan Prince Charles spaniel, setiap satu menyumbangkan salah satu daripada empat warna tersedia pada baka ini.Disangkakan berasal dari Timur Jauh, spaniel mainan pertama kali dilihat di Eropah pada abad ke-16. Ia dimasyhurkan dengan hubung kaitnya dengan Raja Charles II dari England (1630–1685) dan berkaitan dengan kerabat diraja Inggeris sejak masa Ratu Mary I (1516–1558). Anggota baka ini pernah dimiliki oleh Duchess Agung Anastasia Nikolaevna dari Rusia, Ratu Victoria dan Ratu Elizabeth II.King Charles spaniel dan jenis spaniel mainan lain dibiakbakakan bersilang dengan pug pada awal abad ke-19 untuk mengurangkan saiz hidungnya, mengikuti gaya zaman itu. Pada abad ke-20 terdapat usaha untuk memulihkan jurai keturunan King Charles spaniel kepada baka zaman Charles II. Ini termasuk spaniel pemukat mainan yang tidak berjaya dan cavalier King Charles spaniel yang kini popular. Cavalier King Charles spaniel agak lebih besar, dengan kepala rata dan hidung lebih panjang, sementara King Charles spaniel adalah lebih kecil, dengan kepala kubah dan muka rata.Dahulu baka yang bergabung dengan King Charles spaniel digunakan untuk perburuan; kerana tingginya ia tidak sesuai. Ia menyimpan naluri perburuannya, tetapi tidak menunjukkan tenaga tinggi dan lebih sesuai menjadi anjing riba. Baka moden ini terdedah kepada beberapa masalah kesihatan, termasuk keadaan jantung dan pelbagai isu mata.

King_Charles_spaniel

NZKC Mainan
Tinggi 9–11 in (23–28 cm)
Negara asal England
UKC Baka Teman
Warna King Charles – hitam dan sawo matang
Prince Charles – putih dengan tompok hitam dan sawo matang
Blenheim – putih dengan tompok merah
Ruby – merah
FCI Kumpulan 9 Seksyen 7 #128
Berat 8–14 lb (3.6–6.4 kg)
Pengelasan dan piawaianFCIAKCANKCCKCKC (UK)NZKCUKC
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 9 Seksyen 7 #128(Piawaian)
AKCMainan(Piawaian)
ANKCKumpulan 1 Mainan(Piawaian)
CKCKumpulan 5 – Mainan(Piawaian)
KC (UK)Mainan(Piawaian)
NZKCMainan(Piawaian)
UKCBaka Teman(Piawaian)
Jangka hayat 10–12 tahun
KC (UK) Mainan
AKC Mainan
TraitBeratTinggiWarnaJangka hayat
Trait
Berat8–14 lb (3.6–6.4 kg)
Tinggi9–11 in (23–28 cm)
WarnaKing Charles – hitam dan sawo matang
Prince Charles – putih dengan tompok hitam dan sawo matang
Blenheim – putih dengan tompok merah
Ruby – merah
Jangka hayat10–12 tahun
CKC Kumpulan 5 – Mainan
ANKC Kumpulan 1 Mainan
Nama lain Spaniel mainan Inggeris
Spaniel mainan
Charlies
Prince Charles spaniel
Ruby spaniel
Blenheim spaniel

Rujukan

WikiPedia: King_Charles_spaniel http://www.ankc.org.au/Breed_Details.aspx?bid=36 http://www.fci.be/Nomenclature/Standards/128g09-en... http://www.ckc.ca/en/Portals/0/pdf/breeds/ETS.pdf http://books.google.com/books?id=9z_n9mDY2tcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=FT5LAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=R6YaIryq0iIC&pg=P... http://www.ukcdogs.com/WebSite.nsf/Breeds/EnglishT... http://www.nzkc.org.nz/breed_info/br136.html http://www.akc.org/breeds/english_toy_spaniel/inde... http://www.archive.org/stream/biographicalske00bro...