Sinopsis Kira_Izuru

Babak Soul Society

Kira diperkenalkan apabila dia menjumpai Renji yang hampir mati di tangga yang menuju Tokong Kesedaran. Dia dan Momo cuba merawat Renji tetapi dihalang oleh Kuchiki Byakuya yang berkeras mahu memenjarakan Renji. Hinamori membantah tetapi Kira mematuhi arahan tersebut lantas menunjukkan kesanggupannya untuk menuruti segala arahan yang diberi serta menganggap bahawa arahan lebih penting daripada emosi seseorang. Kenyataan ini dibuktikan benar sekali lagi apabila Kira menyerang Hinamori kerana Hinamori cuba menyerang Kaptan Ichimaru (Ichimaru ialah suspek utama dalam kes pembunuhan Aizen). Kedua-dua Hinamori dan Kira diberkas oleh Hitsugaya Tōshirō untuk menghentikan pertarungan mereka.

Ichimaru kemudiannya membantu Kira melarikan diri dari penjara dan Kira berdiri teguh di sisi kaptannya apabila Kaptan Hitsugaya dari Bahagian ke-10 bersemuka dengan mereka. Dia hanya mengundurkan diri apabila kedua-dua kaptan bersedia untuk bertarung sehinggalah kedatangan Hinamori (kini mengesyaki Hitsugaya sebagai pembunuh Aizen).

Apabila dua orang pegawai eksekutif dari Bahagian ke-10 ingin merayu kepada bilik judisiari Soul Society, Kira (di bawah arahan Ichimaru) mengumpan Hitsugaya keluar dari Bilik Utama 46 tetapi berkata bahawa Hitsugaya patut melindungi Hinamori. Kira kemudiannya bertarung dengan leftenan Hitsugaya, Matsumoto Rangiku sementara Hitsugaya memasuki bandar tempat ahli Bilik Utama 46 diami.

Maka, tidak hairanlah jika Kira terkejut apabila mendapati bahawa kaptannya telah berpaling tadah dan sebenarnya bersekongkol dengan Aizen (dalang sebenar di belakang segala-gala yang berlaku di Soul Society termasuklah hukuman pembunuhan Kuchiki Rukia). Dia juga tidak menyangka bahawa Aizen akan menikam Hinamori walaupun Aizen berjanji tidak akan mencederakan leftenannya. Selepas Ichimaru meninggalkan Soul Society, Kira dijumpai meminum sake dengan Rangiku dan Hisagi.

Babak Bount

Kira dan lain-lain ditugaskan oleh Hitsugaya Tōshirō untuk menewaskan Bount di dunia sebenar. Dia membantu Kurosaki Ichigo mengalahkan doll Koga Gou, Dalk walaupun Koga Gou berkeputusan untuk menamatkan perlawanan tersebut sebelum Kira sempat bertarung dengan serius.

Selepas Ayasegawa Yumichika menjumpai tempat persembunyian Bount, dia, Kira, Hisagi dan Matsumoto diserang hendap oleh doll Ugaki, Gesell supaya dapat memberi masa kepada Ichigo dan Renji untuk mara ke dalam gua.

Selepas itu, di Seireitei, dia membawa Inoue Orihime kepada Ichigo, Sado Yasutora dan Ishida Uryū.