Kirk Douglas (lahir
Issur Danielovitch, 9 Disember 1916) merupakan seorang pelakon, penerbit, pengarah, dan pengarang
Amerika Syarikat. Belia merupakan salah seorang pelakon dari Era Keemasan Hollywood yang masih hidup. Beliau muncul pertama kali menerusi filem
The Strange Love of Martha Ivers (1946) berganding bersama
Barbara Stanwyck. Douglas kemudiannya membina nama menerusi filem-filem pecah panggung sepanjang tahun 1950-an dan 1960-an. Beliau telah muncul dalam lebih daripada 90 buah filem. Beliau mula mendapat perhatian menerusi filem
Champion (1949), yang melayakkan beliau tercalon buat pertama kali dalam
Anugerah Akademi menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Selain itu, antara filem terawal beliau termasuklah
Young Man with a Horn (1950), bergandingan bersama
Lauren Bacall dan
Doris Day;
Ace in the Hole bersama
Jan Sterling (1951); dan
Detective Story (1951). Beliau kemudiannya memperoleh pencalonan kedua Oscar menerusi
The Bad and the Beautiful (1952) dan pencalonan ketiga menerusi
Lust for Life (1956).Pada tahun 1955, Douglas membina
Bryna Productions dan menerbitkan filem seperti
Paths of Glory (1957) dan
Spartacus (1960). Menerusi kedua-dua buah filem tersebut, Douglas membintangi dan bergandingan dengan seorang pengarah yang tidak dikenali,
Stanley Kubrick. Douglas kemudiannya menerbitkan dan membintangi
Lonely Are the Brave (1962) dan
Seven Days in May (1964). Pada tahun 1963, beliau membintangi pementasan Broadway, One Flew Over the Cuckoo's Nest, sebuah cerita yang dibelinya, yang mana kemudian memberikan kepada anaknya
Michael Douglas bagi menghasilkan sebuah
filem yang memenangi Oscar pada tahun 1975.Sebagai seorang pengarang, Douglas pernah menulis sepuluh buah novel dan memoir. Beliau disenaraikan di tempat ke-17 sebagai
lagenda skrin lelaki terhebat perfileman Hollywood klasik oleh
Institut Filem Amerika Syarikat. Beliau pernah terselamat dari nahas helikopter pada tahun 1991 dan menderita strok pada tahun 1996. Beliau kini tinggal bersama isteri keduanya,
Anne Buydens ( 65 tahun), seorang penerbit. Beliau telah berusia 100 tahun pada tahun 2016.
[2]