Akupunktur ·
Ayurveda ·
Herbalisme ·
Homeopati ·
Kiropraktik ·
Naturopati ·
Osteopati ·
Perubatan antroposofik ·
Kiropraktik ialah disiplin dan profesion
penjagaan kesihatan yang menekankan menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada
sistem muskuloskeletal, khususnya
tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi
sistem saraf.
[1] Ia umumnya dikategorikan sebagai
perubatan pelengkap dan alternatif (CAM),
[2] suatu penyifatan yang ditolak oleh banyak pakar kiropraktik.
[3] Walaupun pakar kiropraktik mempunyai banyak sifat pembekal
rawatan asas, mereka mempunyai lebih banyak sifat bidang perubatan seperti bidang
pergigian dan
podiatri.
[4] Teknik rawatan kiropraktik utama melibatkan
terapi insani, termasuk
pemanipulasian tulang belakang,
sendi, dan
tisu lembut. Rawatan juga termasuk
senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup.
[5] Kiropraktik tradisional menganggap bahawa
subluksasi ruas tulang belakang atau disfungsi sendi tulang belakang akan mengganggu fungsi tubuh dan
kecerdasan semula jadi,
[6] suatu anggapan
vitalistik yang mengakibatkan ejekan daripada sains dan perubatan aliran utama.
[7]D.D. Palmer mengasaskan kiropraktik pada
1890-an lalu anaknya,
B.J. Palmer, membantu memperluaskannya pada awal
abad ke-20.
[8] Bidang kiropraktik kini mempunyai dua aliran utama: Bidang kiropraktik kini sudah mantap di
Amerika Syarikat,
Kanada, serta
Australia [10] dan merupakan profesion kesihatan yang ketiga terbesar, didahului hanya oleh bidang
perubatan dan bidang
pergigian.
[11] Kebanyakan orang yang mencari rawatan kiropraktik berbuat demikian bagi merawat
sakit belakang bawah.
[12]