Klatrat_hidrat

Klatrat hidrat (atau gas klatrat, gas hidrat, klatrat, hidrat, dsb.) ialah hablur pepejal berasaskan air yang menyerupai ais, di dalamnya molekul bukan kutub kecil (selalunya gas) atau molekul kutub bermoieti hidrofobik besar terkurung di dalam "sangkar" molekul air dengan ikatan hidrogen. Dalam kata lain, klatrat hidrat ialah sebatian klatrat di mana molekul hosnya ialah air dan molekul tamu biasanya gas atau cecair. Tanpa sokongan molekul terkurung, struktur kekisi klatrat hidrat akan runtuh menjadi struktur ais hablur atau cecair air biasa. Kebanyakan gas-gas yang berat molekulnya rendah seperti O2, H2, N2, CO2, CH4, H2S, Ar, Kr, dan Xe, serta beberapa hidrokarbon dan freon atasan, akan membentuk hidrat dalam suhu dan tekanan yang sesuai. Klatrat hidrat bukanlah unsur kimia kerana molekul-molekul yang berasing-asing tidak terikat dengan kekisi. Pembentukan dan penguraian klatrat hidrat ialah fasa peralihan tertib pertama, bukannya tindak balas kimia. Mekanisme pembentukan dan penguraiannya dalam aras molekul masih belum difahami sepenuhnya.[1][2]Klatrat hidrat mula-mula didokumenkan pada tahun 1810 oleh Sir Humphry Davy.[3]