Klinik_Kesihatan_Bangar

Klinik Kesihatan Bangar merupakan sebuah klinik kerajaan yang terletak di Pekan Bangar, Brunei. Ianya menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan umum bagi penduduk Daerah Temburong.[1] Klinik Kesihatan Bangar ditempatkan di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam;[1] klinik ini menyediakan perkhidmatan klinikal umum dan pesakit luar sahaja, sementara hospital tersebut adalah bagi perkhidmatan klinikal yang lebih khusus serta pesakit dalam.