Koge-Donbo

Koge-Donbo (コゲどんぼ, dilahirkan pada 27 Februari, 1976), juga dikenali sebagai Kokoro Koharuno (小春こころ Koharuno Kokoro), ialah seorang mangaka perempuan. Koge-Donbo dilahirkan di Tokyo. Donbo memulakan kerjaya selepas tamat kolej sebagai artis doujinshi. Beliau membuat kemunculan rasminya di AS di Otakon 2004 d Baltimore, MD sebagai Tetamu Kehormat. Sebelum itu, beliau telah muncul di gedung runcit Gamers USA di California, pada 4 Julai, 2002, menandatangani Chocolat Book.Beliau juga menjadi Tetamu Kehormat di Anime Expo 2006, memperkenalkan dunia tayangan perdana baru bagi siri anime Di Gi Charat.Biasanya sangat malu, lukisannya menggambarkan kecantikannya dan faktor comel perwatakannya. Beliau ialah seorang peminat Harry Potter dan banyak melukis pada laman web peminat Harry Potter.