Biografi Koharu_Kusumi

Menyertai Morning Musume pada 2005 sebagai ahli Generasi ke-7.Telah menjadi ahli kumpulan Hello! Project kickbase Metro Rabbits H.P. sejak penubuhannya pada awal 2006 sehingga April 2006.Melakonkan suara Tsukishima Kirari,watak utama di dalam anime Kirarin Revolution(きらりん☆レボリューション, Kirarin Revolution).

Pada awal 2007,dia dipilih sebagai salah satu ahli Morning Musume Tanjou 10nen Kinentai (モーニング娘。誕生10年記念隊, Morning Musume Tanjou 10 Nen Kinentai),yang ditubuhkan oleh Tsunku sempena meraikan 10 tahun kegemilangan Morning Musume.Morning Musume Tanjou 10nen Kinentai disertai oleh Iida Kaori, Abe Natsumi,Goto Maki dan Niigaki Risa.Single pertama mereka, Bokura ga Ikiru MY ASIA (僕らが生きるMy Asia, Bokura ga Ikiru My Asia) telah dipasarkan pada 24 Januari 2007.Single kedua mereka,Itoshiki Tomo e (愛しき悪友へ,Itoshiki Tomo he) telah dipasarkan pada 8 Ogos,2007.

Pada 6 Disember 2009, beliau telah lulus dari Morning Musume dan Hello! Project untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang model.