Niigaki_Risa
Niigaki_Risa

Niigaki_Risa

Niigaki Risa (新垣里沙, lahir pada 20 Oktober 1988 di Yokohama, Kanagawa, Jepun) ialah anggota generasi kelima dan ketua terkini kumpulan J-pop, Morning Musume. Niigaki juga adalah ketua terkini untuk Hello! Project. Dia menyertai Morning Musume pada Ogos 2001 bersama-sama dengan anggota generasi kelima yang lain iaitu Takahashi Ai, Konno Asami, dan Ogawa Makoto. Setakat tahun 2011, Dia merupakan anggota yang lama bertahan dalam Morning Musume. Dia membesar di Yokohama selepas berpindah ke sana pada umur 6 tahun. Selepas bekas ketua Morning Musume Takahashi Ai lulus dari kumpulan itu pada September 2011, Niigaki telah mengambil alih tempat Takahashi.