Sejarah Kok_Lanas

Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, pada satu hari Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas. Tiba di satu tempat, buah lanas (nanas) tersebut telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh. Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut 'kok lanas'.[2]