Koksidiosis Koksidia

Koksidiosis ialah penyakit parasit saluran usus haiwan yang diakibatkan oleh protozoa Koksidia. Penyakit itu merebak dari satu haiwan ke haiwan yang lain menerusi sentuhan tinja yang terjangkit atau pengingesan tisu yang terjangkit. Gejala utamanya ialah cirit-birit yang boleh mengakibatkan pendarahan, jika teruk. Kebanyakan haiwan yang terjangkit bersifat asimptomatik. Bagaimanapun, anak haiwan atau haiwan yang menghidap keimunodefisienan boleh mengalami gejala yang teruk, termasuk kematian.

Sedangkan organisma Koksidia boleh menjangkit berbagai-bagai haiwan, termasuk manusia, burung, dan ternakan, ia biasanya bersifat spesies-khusus. Bagaimanapun, salah satu kekecualiannya yang terkenal ialah toksoplasmosis yang diakibatkan oleh Toxoplasma gondii.

Manusia seringnya bertemu dengan Koksidia sewaktu mereka memperoleh anak anjing atau anak kucing yang dijangkiti. Sungguhpun demikian, organisma berjangkit adalah kanin/felin-khusus dan justera, tidak akan menjangkiti manusia (berbanding dengan penyakit zoonotik).