Pencapaian Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah

Akademik

  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM untuk 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2004 dan 2005.
  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan STPM untuk 7 tahun berturut-turut iaitu tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2015.[1]
  • Mendapat tempat kedua seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM pada tahun 2000, 2007, 2008, 2009 dan 2016.
  • Mendapat tempat ketiga seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM tahun 2001, 2002, 2003 dan 2006.
  • Mendapat tempat keenam pada SPM tahun 2010 dan 2012, kelapan pada SPM tahun 2011, dan kedua belas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013.
  • Mendapat tempat keempat dalam peperiksaan SPM 2014 dan 2015 keseluruhan SBP.
  • Mendapat tempat pertama dalam ranking Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selama 14 tahun bermula tahun 2002 hingga 2016

Kokurikulum

  • Pernah mendapat Johan Kebangsaan dalam bahas Bahasa Melayu, bahas Bahasa Inggeris, bahas Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran, pesta pantun, drama kerjaya, pidato Piala Diraja, syarahan agama kategori lelaki dan perempuan. Juga pernah menjadi johan sepanjang masa dalam pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP).
  • Pernah mendapat Naib Johan Kebangsaan dalam pertandingan reka cipta dan inovasi antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  • Pernah mendapat tempat Ketiga dalam 4th Biennial Residential School English Drama Competition 2013 (National Final) (Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali Keempat 2013 Peringkat Kebangsaan) dan merangkul 'Anugerah Pelakon Tambahan Lelaki Terbaik'.
  • Johan zon tengah Malaysia F1 in School.
  • Johan dalam Pertandingan Gamelan Melayu SBP pada tahun 2011, 2012, 2014 dan 2016.
  • ALKIS GEMAWAN (AWAN) merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Gamelan Melayu Kebangsaan dan mendapat 'Anugerah Lagu Tradisional Terbaik'.