China Kompas

Sejarawan British Joseph Needham menyatakan kompas mula-mula sekali dicipta oleh orang China purba berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip yang telah ditemui di sana.

  • Sastera kuno China telah mencatatkan tentang magnetisme pada abad ke-4 Masihi dalam buku Book of the Devil Valley Master yang menyebut tentang sebatang besi magnet yang menolak dan menarik besi-besi lain.
  • Sebatang jarum bermagnet mula disebut oleh China sebagai Louen-heng pada 20 atau 100 Masihi. Antara catatannya ialah 'seketul magnet telah menarik dan menolak sebatang jarum'. Sarjana Wang Tchen-touo pula mencatatkan kompas mula dibina menggunakan sudu sahaja.
  • Kompas yang dicatat sebagai alat untuk mencari arah telah dirakam semasa zaman Dinasti Song pada 1040-44 Masihi. 'Sebatang besi yang selatannya menunjukkan arah kawasan menangkap ikan'. Besi ini diletakkan di permukaan air dalam sebuah mangkuk. Besi itu hendaklah boleh terapung dengan meletakkan kain sutera. Tentera yang tenggelam punca pada waktu malam atau cuaca mendung, mereka telah menggunakan besi 'selatan ke arah kenderaan' atau 'selatan ke arah ikan'.
  • Catatan sastera kuno China Dinasti Song bertajuk 'Kumpulan Karangan Mimpi' pada 1086 Masihi oleh Shen Kuo menyatakan sebatang jarum boleh menunjukkan arah selatan dan arah utara.
  • Kompas sebagai alat pelayaran telah diceritakan oleh Zhu Yu dalam buku 'Meja Perbincangan Pingzhou' pada 1111 hingga 1117 Masihi. Antara lain dicatatkan ahli pelayaran mengetahui keadaan geografi, meneliti tentang bintang-bintang pada waktu malam, tetapi jika waktu malam pekat tanpa bintang, mereka menggunakan jarum kompas.