Sejarah Kompas

Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci/agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak. Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza atau terlalu dalam.

Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya, ahli pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi) untuk menentukan arah.

Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut. Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.