Komuniti_Ekonomi_Eropah

Komuniti Ekonomi Eropah (Bahasa Inggeris: European Economic Community, EEC) merupakan tonggak pertama daripada tiga tonggok Kesatuan Eropah (EU) yang ditubuhkan berikutan daripada Perjanjian Maastricht yang ditandatangani pada tahun 1992. Ia adalah berdasarkan prinsip supranationalisme dan berasal daripada Komuniti Eropah Bahasa Inggeris: European Community, EC), satu pertubuhan yang wujud sebelum tertubuhnya Kesatuan Eropah. Sekiranya Perjanjian Lisbon dikuatkuasakan, maka struktur tonggak EU akan dilupuskan. Ini bermakna bahawa Komuniti Eropah dan dua tonggaknya yang lain akan digabungkan dan ditarik keluar menjadi entiti yang berasingan.