Konferensi_Meja_Bundar
Konferensi_Meja_Bundar

Konferensi_Meja_Bundar

Konferensi Meja Bundar (Bahasa Belanda: Nederlands-Indonesische rondetafelconferentie van 1949, "Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949d") ialah mesyuarat antara perwakilan Kerajaan Belanda dan Republik Indonesia, dari 23 Ogos hingga 2 November 1949. Persidangan tersebut telah diadakan di The Hague, Belanda. Sebelum itu, terdapat beberapa siri mesyuarat antara perwakilan tertinggi kedua-dua belah pihak, iaitu Perjanjian Linggadjati (1947), Perjanjian Renville (1948) dan Perjanjian Roem–van Roijen (1949). Persidangan tersebut berakhir dengan Kerajaan Belanda mengiktiraf kemerdekaan penuh Indonesia, dan juga penyerahan hak kedaulatan Kepulauan Hindia Timur Belanda kepada Republik Indonesia Serikat.