Konsert Konsert_Live_Siti_Nurhaliza

Konsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama Siti Nurhaliza dalam kerjaya muzik beliau sejak kemunculan sulungnya selepas memenangi Bintang HMI anjuran RTM pada 1995. Solekan beliau untuk konsert pertamanya disediakan oleh Nurul Shukor.

Berlangsung pada 30 Oktober 1999, Siti Nurhaliza mengorak langkah besar apabila menjayakan konsert pertama beliau yang bertaraf nasional. Konsert ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Dalam konsert ini, Siti mempersembahkan 26 buah lagu, termasuk tribute buat Sudirman. Konsert yang memakan masa dua jam ini mendapat tajaan dari Pepsi, berikutan Siti merupakan jurucakap untuk Pepsi ketika itu.

Siti juga turut menjemput kanak-kanak kurang upaya untuk turut serta mempersembahkan dua buah lagu secara medley. Selain itu, Siti turut menyelitkan beberapa gimik yang cukup berkesan termasuk memainkan instrumen muzik dengan memakai baju bergemerlapan, menggunakan baju fluorescent, dan sebagainya. Walaupun konsert pertama ini kurang mendapat sambutan (lebih 10, 000 orang yang hadir), Siti tetap cekal dan bertabah, dan akan terus menjayakan konsert-konsert yang lebih besar dimasa akan datang.

Dahulu Siti pernah memasang angan-angan untuk membuat konsert sebelum usia 21 tahun dan alhamdulillah angan-angan itu berjaya menjadi kenyataan di usia Siti 20 tahun

— Siti Nurhaliza semasa konsert pertamanya.