Sambutan Konsert_Live_Siti_Nurhaliza

Konsert ini diterima dengan baik oleh pengkritik dan beliau dipuji kerana vokal dan persembahannya. Seorang pengkritik dari Utusan Malaysia mengulas, "tidak disangkal lagi, pada malam itu, Siti menggunakan sepenuh kelebihan vokalnya dalam persembahan yang mantap dan bertenaga." Hey dari Berita Harian di dalam ulasannya menyebut, "Jika diberi peluang sedikit masa lagi, pasti Siti Nurhaliza Taruddin mampu meletak diri sebagai penghibur serba boleh."[2] Konsert 'Live' Siti Nurhaliza juga dipilih oleh Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail sebagai salah satu konsert terbaik tahun ini.

Saniboey dalam ulasan dua bintangnya untuk Harian Metro mengulas, ''Tiada pertikaian mengenai vokal Siti yang amat baik, namun bunyi dan kualiti yang lemah nyata merosakkan keindahan album ini".[3] Di dalam ulasannya untuk New Straits Times, Zainal Alam Kadir memberikan album dua dan setengah bintang.[4] Dalam kajian semula yang lebih positif oleh Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail, beliau mengulas album itu sebagai, "Album yang berkualiti tinggi dari segi rakaman dan penyuntingan, ia mempunyai Siti memaparkan serba bolehnya dalam menangani genre lagu yang berbeza dari pop, irama & blues kepada tradisional."[5] Tafsiran Siti mengenai lagu-lagu Sudirman semasa konsert itu dipuji oleh ketiga-tiga pengkritik di mana Zainal mengulas sebagai "kemuncak penerbitan"[4] dan Saniboey menulis, "Sesi lagu Sudirman dendangan Siti itu benar-benar membuatkan saya terhibur".[3][5]