Konsonan_velar

Konsonan velar ialah konsonan yang disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum)menyentuh lelangit lembut, iaitu bahagian belakang lelangit mulut, juga dikenali sebagai velum.Memandangkan daerah velar di lelangit agak luas dan pergerakan dorsum pula tidak seberapa persis, maka konsonan velar mudah mengalami asimilasi, iaitu sebutannya teranjak ke belakang atau ke hadapan, bergantung pada sifat bunyi vokal sebelum dan selepasnya. Konsonan velar dianjakkan ke hadapan dengan sendirinya sebelum disusuli vokal hadapan, iaitu dipalatalkan separa atau sepenuhnya, atau dianjakkan ke belakang sebelum vokal belakang.Konsonan velar dipalatalkan (seperti /k/ dalam keen atau cube, bahasa Inggeris) adakalanya bergelar palatovelar (lelangit-velar). Tidak kurang juga bahasa yang ada konsonan velar dibibirkan, seperti [kʷ], iaitu penyebutannya diiringi oleh pembundaran bibir. Juga wujudnya konsonan bibir-velar, iaitu disebut pada velum dan bibir serentak, seperti [k͡p]. Sifat ini pudar apabila hadirnya malaran tak geser [w], kerana pembibiran melibatkan penambahan sebutan malaran tak geser bibir, maka kesamaran ini disifatkan sebagai labiovelar (bibir-velar). Konsonan velar yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa adalah seperti berikut: