Sejarah Kool_101

Kool FM dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan bersiaran sulung pada 3 Mac 2016. Pada mulanya ia menyasarkan pendengar golongan generasi X,[1] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80-an dan 90-an.[2] Pada 3 Januari 2020, Kool FM telah revolusi baru dengan logo baru dengan slogan terbaru Suara Semasa tetapi menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment bermula 6 Januari tahun yang sama tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[3]

Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9 pada setiap hari jam 3:30 pagi - 4:30 pagi.

Penjenamaan sebagai Buletin FM (2021–2023)

Bermula 2 Ogos 2021, Kool FM kini dikenali sebagai Buletin FM dan menjadikan radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu dalam rombakan tersebut tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan info terkini.[4][5]

Buletin FM mula menyiarkan berita perdana dari TV3 iaitu Buletin Utama pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:00 - 9:00 malam tetapi dihentikan sepenuhnya pada 1 Jun 2022 dan hanya memainkan lagu dan iklan serta clip ulangan dari segmen Fokus Pagi selepas pukul 8 malam

Pada 29 November 2021, frekuensi Buletin FM di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu telah ditamatkan siaran dan digantikan oleh Hot FM untuk Kota Bharu, Kelantan pada hari yang sama dan Molek FM pada 9 Januari 2022.

Pada 14 Mac 2022, Buletin FM tukar lagi tagline "Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman" ke "Isu Semasa dan Info Terkini".

Pada 28 Mac 2022, Buletin FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[6]

Buletin FM kini telah menambah masa bagi segmen Retro Show dari 2 jam kepada 4 jam pada hari Sabtu dan Ahad pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam, dalam masa yang sama mereka juga telah menggugurkan segmen Imbau Rock Leleh 90an.

Penjenamaan sebagai Kool 101 (2023-kini)

Menurut Pengukuran Khalayak Radio GfK Gelombang 1 2023, Buletin FM merekodkan 133,000 pendengar mingguan, jumlah terendah pendengar mingguan yang direkodkan di mana-mana stesen milik Media Prima. (berbanding dengan penjenamaan Kool FM sebelum ini yang telah merekodkan 701,000 pendengar mingguan pada akhir 2020).

Oleh kerana sejumlah besar pendengar mingguan hilang dan peranan sebagai radio semua berita tidak berfungsi dengan baik, Buletin FM menghentikan jenama itu pada 17 Jun 2023 dan dijenamakan semula sebagai Kool 101 pada 3 Julai 2023.

Nama "Kool 101" dipilih kerana ia lebih relevan kepada situasi semasa dengan kebanyakan pendengar lebih terbiasa dengan nama asal Kool FM. Nombor "101" yang digunakan pada nama stesen adalah merujuk kepada memberi pengetahuan asas tentang topik atau subjek, juga sebagai nombor frequensi siaran untuk Lembah Klang. Senarai main muzik telah berubah untuk memainkan lebih banyak muzik berasaskan kontemporari dewasa Malaysia dari tahun 90-an hingga sekarang, dengan lagu Indonesia dan Inggeris dimainkan secara berkala manakala muzik rock jiwang Melayu jarang dimainkan di Kool 101.

Rujukan

WikiPedia: Kool_101 http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.nst.com.my/news/2016/03/130481/kool-fm-... https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/trading_res... http://www.mediaprima.com.my/ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/736586/ally-... https://malaysiagazette.com/2021/08/02/ally-iskand... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0... https://www.kool101.audio/