Pemprosesan Kopi

Panggang

Rencana–rencana utama: Pemprosesan kopi dan Pemanggangan kopi
Kacang kopi yang telah dipanggang

Proses penggorengan adalah penting bagi menghasilkan secawan kopi yang berperisa. Apabila digoreng, biji kopi hijau mengembang menjadi sehingga sekali ganda saiz asal, bertukar warna dan kepadatan. Apabila biji kopi menyerap haba, warna bertukar menjadi kuning dan kemudian perang "kayu manis" lembut. Semasa penggorengan minyak kelihatan pada permukaan biji kopi. Biji kopi bertukar menjadi sehingga semakin gelap sehingga pemanasan dihentikan.

Jika dipanaskan sedikit sahaja, biji kopi akan mengekalkan "rasa asal" - rasa yang terhasil pada biji kopi dari keadaan tanah dan cuaca di lokasi ia ditanam. Biji kopi dari kawasan terkemuka seperti Jawa dan Kenya biasanya dipanaskan sedikit sahaja agar ciri-ciri asal kekal dalam rasa. Kaedah penggorengan tempatan bagi bandar Ipoh di Malaysia membabitkan penambahan mentega semasa proses penggorengan, menghasilkan variasi yang dikenali sebagai kopi "putih" Ipoh.

Apabila biji kopi semakin kehitaman menjadi perang gelap, perisa asal biji kopi ditenggelami oleh perisa proses penggorengan itu sendiri. Pada penggorengan garing, "perisa goreng" begitu kuat sehinggakan sukar menentukan asal biji kopi yang digunakan dalam proses tersebut. Biji kopi yang digoreng dijual menurut kadar penggorengan, dari "Gorengan Kayu Manis Ringan (Light Cinnamon Roast)" kepada "Gorengan Vienna (Vienna Roast)" kepada "Gorengan Perancis (French Roast)" dan selanjutnya. Garis pemisah kadar gorengan iaitu tahap "amat garing" dan "hangus" menjadi perdebatan. Tidak seperti yang disangkakan, gorengan garing dan kopi yang lebih kuat rasanya tidak mempunyai lebih (caffeine) berbanding gorengan ringan. Pembekal kopi kebangsaan utama menyesuaikan keluaran mereka untuk memenuhi cita rasa kawasan tertentu dalam negara; sebagai contoh, setin serbuk kopi yang dibeli di Tenggara atau Timur Laut Amerika Syarikat akan mengandungi gorengan lebih garing berbanding pembungkusan yang serupa yang terdapat di tengah Amerika Syarikat.

Pada abad ke 19, kopi biasanya dibeli dalam bentuk biji kopi dan digoreng dalam kuali goreng. Penggorengan bentuk ini memerlukan kemahiran untuk dilakukan dengan baik, dan ditinggalkan apabila serbuk kopi siap digoreng kedap vakum berjaya dihasilkan. Malangnya, disebabkan kopi menghasilkan CO2 selama beberapa hari selepas digoreng, ia perlu dibiarkan lemau sebelum boleh dikedap vakum. Disebabkan ini dua teknologi telah digunakan kini: Illy telah menggunakan tin tekanan dan kebanyakan bungkusan biji kopi digoreng disimpan dalam bungkusan dengan injap bebas tekanan. Masa kini, penggorengan di rumah menjadi popular kembali.

Pengoreng drum berkomputer tersedia yang memudahkan penggorengan di rumah, dan sesetengah orang hanya menggoreng biji kopi menggunakan ketuhar atau pembuat bertih jagung (popcorn). Setelah digoreng, kopi kehilangan rasa dengan cepat, walaupun dengan disimpan dalam bekas kedap oksigen untuk melambatkan proses pengoksidaan. Walaupun sesetengah cenderung menunggu sehingga 24 jam selepas menggoreng untuk menghasilkan cawan pertama, kesemua mereka bersetuju bahawa ia kehilangan perisa dan kepahitannya selepas seminggu digoreng, walaupun di bawah keadaan yang sempurna.

Penyediaan

Rencana utama: Penyediaan kopi
Espreso dibru, dengan krema merah-perang gelap

Biji-biji kopi mesti dikisar dan dibru bagi mencipta suatu minuman. Mengisar biji-biji kopi dipanggang adalah dilakukan pada roastery, di sebuah kedai runcit, atau di rumah. Biji-biji ini paling biasanya dikisar di roastery dan dibungkus dan dijual kepada pengguna, walaupun "whole bean" kopi boleh dikisar di rumah. Biji-biji kopi mungkin dikisar dalam beberapa cara. Satu pengisar bergerigis menggunakan unsur-unsur berputar untuk ricih biji; pengisar elektrik memukul biji-biji dengan mata pisau tumpul bergerak pada kelajuan tinggi; dan mortar dan alu menghancur biji-biji itu.

Rujukan

WikiPedia: Kopi http://books.google.com/books?id=qNLrJqgfg7wC http://books.google.com/books?id=qNLrJqgfg7wC&pg=P... http://www.ineedcoffee.com/02/04/vietnam/ http://www.litmuszine.com/feature/5.14.07.html http://www.lokeshdhakar.com/2007/08/20/an-illustra... http://www.webmd.com/breast-cancer/news/20081013/c... http://webhost.bridgew.edu/jhayesboh/coffee //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16772246 http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/uspdi/... http://archinte.ama-assn.org/cgi/content/full/166/...