Etimologi Kopiah

Penutup kepala yang dikenakan dengan dashiki adalah dinamakan untuk bandar Kufi, Nigeria, disebut sebagai coo-FEE. Dalam bahasa Yoruba, kufi bererti mahkota, manakala fila bererti topi. Bandar Kufi terletak di Yorubaland berdekatan Ibadan. Nama-nama Afrika Barat lain termasuklah fula, fila, dan topi malo (malo hat). Topi ini disebut kofia dalam bahasa Swahili di Afrika Timur, sila lihat artikel berkenaan kanzu untuk penerangan selanjutnya. Di Amerika Syarikat, nama Afrika barat, kufi, adalah kerap digunakan.