Ahli-ahli Kopratasa

  1. Sani Sudin
  2. Usop @ Mohd Yusof Ahmad
  3. Siso @ Syed Indera Syed Omar

Kumpulan Kopratasa ditubuhkan pada 1985 di pejabat Teater Elit di Jalan Raja Abdullah Kampung Baru. Teater Elit milik penyair tersohor Dinsman. Pengasas bersama Kopratasa ialah Usop, Sani Sudin dan Mohd Shah Ibrahim yang sebelum itu bergerak menggunakan nama Grup Teater Elit. Ketiga-tiga mereka bertemu ketika sama-sama bekerja dengan Dinsman. Di pejabat itu jugalah mereka bertemu dengan M. Nasir buat pertama kalinya.

Apabila ditawarkan M. Nasir untuk merakam album, Mohd Shah menarik diri kerana tidak dapat terlibat dalam bidang seni lalu digantikan oleh Siso. Walau bagaimanapun ketiga-tiga pengasas bersama itu masih bersama di pentas-pentas tertentu tanpa diketahui khalayak tentang sejarah sebenar kumpulan tersebut.

Kopratasa masih terus aktif hingga ke hari ini tetapi hanya dianggotai Usop dan Sani Sudin. Siso meninggalkan Kopratasa pada 2007dani masih mengekalkan nama Siso Kopratasa.