Kopratasa
Kopratasa

Kopratasa

Kumpulan Kopratasa merupakan satu kumpulan penyanyi di Malaysia. Kumpulan Kopratasa mempunyai 3 orang anggota.[1] Menampilkan lagu-lagu berunsur puisi, rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Banyak dipengaruhi oleh muzik Kembara pimpinan M. Nasir di awal penglibatan mereka kerana mereka sama-sama memperjuangkan irama yang sama. Ramai sasterawan dan penggiat seni tanahair yang menyumbangkan karya mereka kepada Kopratasa antaranya Datuk A Samad Said, Allahyarham Dato' Usman Awang, Allahyarham J M Aziz, Allahyarham Abdul Aziz HM. Bukan sahaja aktif sebagai penyanyi, tetapi juga dikenali sebagai pelukis, pelakon drama , filem dan teater dan juga pendekron sajak di mana sahaja ada acara seni di Malaysia terutamanya di universiti tempatan.Sejak penubuhannya, kumpulan Kopratasa memang menampilkan lagu berunsur puisi yang menyentuh isu rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Kumpulan ini mendapat pengaruh Datuk M Nasir, selain penyair terkenal tanah air seperti A Samad Said, Usman Awang, J M Aziz dan Abdul Aziz HM. Lagu puisi Kopratasa, melalui lirik yang indah, mengapungkan erti dan rasa kemanusiaan.

Kopratasa

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Ahli Sani Sudin
Usop @ Mohd Yusof Ahmad
Siso @ Syed Indera Syed Omar