Kor Penerbang Sosialis Nasional (
Bahasa Jerman: Nationalsozialistisches Fliegerkorps;
NSFK) ialah sebuah organisasi
separa tentera Parti Nazi yang telah diasaskan pada 15 April 1937 sebagai pengganti kepada
Persatuan Sukan Udara Jerman; bekas organisasi ini telahpun aktif sewaktu tentera udara Jerman diharamkan oleh
Persetiaan Versailles. Organisasi itu berdasarkan pertubuhan
Sturmabteilung (SA) dan mengekalkan sistem
pangkat separa tentera yang berkait rapat dengan SA. Sebuah kumpulan yang serupa ialah
Kor Motor Sosialis Nasional.Pada tahun-tahun awal kewujudannya, NSFK menjalankan latihan penerbangan tentera menerusi
glider dan
pesawat peribadi. Apabila
Jerman Nazi membentuk
Luftwaffe, ramai anggota NSFK ditukarkan kesana. Disebabkan semua anggota NSFK adalah ahli Parti Nazi; maka ia memberikan Luftwaffe dengan tapak ideologi
Nazisme yang kuat berbanding dengan cawangan lain tentera Jerman, yang terdiri daripada pegawai-pegawai "Old Guard" dari
golongan bangsawan Jerman. General der Flieger
Friedrich Christiansen adalah
Korpsführer NSFK dari 15 April 1937 hingga 26 Jun 1943, diikuti oleh Generaloberst
Alfred Keller sehingga 8 Mei 1945.Kor Penerbang Sosialis Nasional terus wujud selepas Luftwaffe ditubuhkan, tetapi pada kapasiti yang lebih kecil. Pada tahun 1942 ia mengandungi Gruppen (kumpulan) kawasan yang berikut:Semasa
Perang Dunia II, NSFK kebanyakannya membuat tugas-tugas
pertahanan udara seperti perkhidmatan anti pesawat simpanan.