Lihat
di bawahKordat (
Jawi:
كوردت) ialah sekumpulan haiwan yang tergolong dalam
filum Chordata, merangkumi haiwan
vertebrat (bertulang belakang), dengan beberapa
invertebrat (tidak bertulang belakang) yang berkait rapat. Ia disatukan dengan memiliki
notochord, utas saraf dorsal berongga, liang pharyngeal,
endostyle, dan ekor melepasi dubur (post-anal tail) , pada satu peringkat dalam kitaran hayat mereka. Sesetengah pakar sains menegaskan bahawa ia adalah kantung Branchial/pharyngeal dan bukannya liang.[
perlu rujukan]Filum Kordata dipecahkan kepada tiga subfilum:
Urochordata,
Cephalochordata, dan
vertebrat. Sesetengah saintis menganggap
Hemichordata sebagai subfilum kordata keempat, tetapi biasanya ia dianggap filum berbeza. Larva urochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi ia hilang apabila dewasa. Cephalochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi bukan
vertebrat. Dalam kesemua vertebrat kecuali bagi
Hagfish, untaian saraf beronggal dorsal telah diselitupi dengan rawan (cartilaginous) atau vertebrat bertulang dan notochord mengecut dengan banyaknya.Kordata dan tiga saudara
phyla,
hemichordate,
echinoderm dan
xenoturbellida, membentuk
deuterostomes, iaitu
superfilum. Kordata adalah filum terbesar dikalangan deuterostomes.Kaitan antara kumpulan luas kordata ditunjukkan dalam gambarajah pokok filogenetik di bawah. Kebanyakan taksonomi(kiatgolong) disenaraikan tidak padan dengan kelas traditional disebabkan beberapa kelas tersebut adalah paraphyletik. Cubaan berbeza bagi menyelaras kepelbagaian clade kordata kepada kumpulan lebih kecil, sesetengahnya dengan dan sesetengahnya tanpa taksa paraphyletik, telah meletakkan pengelasan vertebrat dalam keadaan huru-hara (state of flux). Juga, kaitan sesetengah kumpulan kordata tidak difahami dengan baik.