Asal Kordata

Asal kordata pada masa ini tidak diketahui. Kordata yang jelas dapat dikenal pasti adalah ikan mudah (reduced fish)- atau spesimen seperti lancelet dari Kambria. Kebanyakan spekulasi mengenai asal mereka jatuh kedalam salah satu kategori berikut:

  • Haiwan seperti cacing yang tinggal dalam mendakan yang bertukar memiliki badan lebih leper dan/atau sirip bagi berenang.
  • Makan mengguna penapis tiub (sessile) yang berubah menjadi haiwan bebas berenang dengan menggunakan ridip. (Tunicates, dianggap sebagai kordata, adalah makan mengguna penapis tiub sessile yang memiliki larva seperti berudu.)
  • Larva berenang atau terapung sejenis haiwan yang akhirnya mengekalkan ciri berenang sehingga dewasa.

Notochord menjadi kaku dalam kebanyakan kordata mungkin telah berubah bagi mebantu keberkesanan pengucupan otot berselang bagi berenang (dalam pergerakan bentuk S). dalam kata lain, bagi melenturkan tubuh, otot memerlukan struktur kaku bagi manariknya, dan notochord (sekurang-kurangnya sebelum tulang belakang) adalah struktur asas bagi memberikan pengukuhan ini. Ketiadaan bahagian badan kaku mungkin menyebabkan haiwan menjadi pendek semasa pengucupan otot dan bukannya peregrakan lentur yang diperlukan bagi berenang.