Kosek
Kosek

Kosek

Kosek (bahasa Rusia: казак) adalah satu kelompok masyarakat khas dan mempunyai imej berlegenda di Rusia dan di luar negara kerana terkenal sebagai askar gagah berani dan kebolehannya menjaga kebebasannya selama berabad-abad lamanya. Petempatan kosek (masih ada di beberapa kawasan Rusia) menjadi tumpuan perhatian orang yang ditindas. Ramai hamba tani melarikan diri daripada tuan tanahnya ke petempatan kosek. Kosek duduk di sempadan dengan keluarganya dan mengawal sempadan itu. Pemerintah tsar tidak mengganggu mereka kerana perkhidmatan itu[1]. Selama kekuasaan Soviet kaum kosek kehilangan statusnya dahulu tetapi sesudah bubarnya Soviet Union sedang nampak gejala pembangkitan semula gerakan kosek itu[2]. Tarian kosek yang rancak terkenal di seluruh dunia.Kehidupan dan kegiatan kosek digambarkan dalam novel "Taras Bulba" oleh Nikolai Gogol.