Penduduk Kota_Belud

Populasi penduduk pada tahun 2012 iaitu sekitar 93,100 orang yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Samah (Bajau), Dusun (Tindal), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian. Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai "Daerah Koboi Timur" kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu. Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan Tamu Besar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu(ahad). Ahli Parlimen Kota Belud adalah Y.B Datuk Haji Musbah Jamli, dari parti WARISAN .[1]