Pemerintahan Kota_Vatikan

Ketua negara

Paus merupakan ketua negara Kota Vatikan secara ex officio,[3] di mana peranan beliau bergantung kepada tugasnya sebagai biskop ketua keuskupan Rom. Istilah "Takhta Suci" yang berkaitan dengan jawatan beliau tidak merujuk kepada Kota Vatikan tetapi kepada pemerintahan kepaderian dan kerohanian Paus yang dilaksanakan secara besarnya melalui Kuria Rom.[4] Gelaran rasmi beliau mengikut perananya dalam Kota Vatikan ialah Sovrano dello Stato della Città del Vaticano ("Ketua Negara Kota Vatikan").

Hubungan luar

Negara ini merupakan kawasan negara yang diiktiraf di bawah undang-undang antarababgsa, namun Takhta Sucilah yang menguruskan hubungan diplomatik bagi pihaknya selain hubungan milik bidang kuasa itu sendiri yang memasuki perjanjian antarabangsa. Oleh itu, negara ini tiada perkhidmatan diplomatiknya sendiri.

Kota Vatikan merupakan salah satu negara dunia yang tidak dapat merumahkan kedutaan disebabkan kekurangan ruang. Kedutaan-kedutaan asing Takhta Suci terletak dalam kota Rom.

Saiz Kota Vatikan tiada kaitan dengan pengaruh meluas Takhta Suci sebagai suatu entiti yang berbeza dan ditubuhkan lebih awal lagi daripada negara tersebut.[5] Walau bagaimanapun, ia melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa tertentu yang berperanan mengikuti geografi sesebuah kawasan sebagai ahli penuh mahupun ahli pemerhati, antaranya:[6][7]