Demografi Kota_Vatikan

Kewarganegaraan

Kewarganegaraan negara ini tidak berdasarkan jus sanguinis (kelahiran oleh warga sesebuah negara sungguhpun di luar kawasan negara tersebut) mahupun jus soli (kelahiran dalam kawasan negara tersebut) tetapi secara jus officii, yakni melalui penjawatan kerja dalam suatu keupayaan perkhidmatan kepada Takhta Suci. Status kewarganegaraan ini secara biasanya akan luput selepas tamat perkhidmatannya. Kewarganegaraan turut dilanjutkan kepada pasangan, ibu bapa dan keturunannya dengan syarat mereka duduk bersama pemegang kewarganegaraan tersebut.[9][10] Takhta Suci mengeluarkan pasport perkhidmatan serta diplomatik manakala Kota Vatkan lebih mengeluarkan pasport biasa kepada warganegaranya

Sesiapa sahaja yang terlucut kewarganegaraan Vatikannya tanpa memiliki apa-apa warganegaraan lain secara automatiknya menjadi warganegara Itali seperti yang termaktub pada Perjanjian Lateran.[11]

Terdapat 558 orang yang memiliki kewarganegaraan Vatikan termasuk Paus sendiri manakala sebanyak 246 orang yang menghuni negara itu tidak memiliki kewarganegaraan tersebut selewat 31 Disember 2005.

74% daripada 557 orang warga tersebut merupakan kakitangan gereja:

  • 58 orang kardinal yang mendiami kota Rom, kebanyakannya di luar kawasan Vatikan;
  • 293 orang paderi, ahli misi diplomatik Takhta Suci yang mendiami negara-negara lain,yang memebentuk separuh bilangan warga penduduk negara tersebut.
  • 62 orang paderi lain yang bekerja untuk Kota Vatikan namun tidak semestinya mendiami negara tersebut.

101 ahli Pengawal Swiss membentuk 18% keseluruhan penduduk Vatikan, dan terdapat hanya 55 orang biasa lain dengan kewarganegaraan Vatikan.[12][13]