Sejarah Krayon

Pengeluar terbesar krayon di dunia ialah Crayola LLC (dahulunya adalah Binney & Smith Inc.), iaitu pengeluar krayon jenama Crayola yang diperbuat daripada lilin parafin, sejenis produk petroleum. Jenama pertama kotak krayon Crayola yang mengandungi 8 krayon Crayola muncul buat pertama kalinya pada tahun 1903, dan merupakan krayon pertama yang tidak bersifat toksik, khas untuk kanak-kanak. Ia dijual pada harga hanya US$0.05 dan warna-warna yang terkandung di dalamnya ialah hitam, coklat, biru, merah, ungu, oren, kuning, dan hijau. Perkataan Crayola diilhamkan oleh Alice Stead Binney, isteri kepada Edwin Binney. Dia telah menggabungkan 2 perkataan Perancis iaitu craie yang bermaksud kapur tulis dan oléagineux yang bermaksud berminyak. Kilang Crayola terletak di Easton, Pennsylvania.

Jenama pengeluar krayon lain termasuk juga Rose Art Industries dan Dixon Ticonderoga. Antara lainnya, krayon terbesar dihasilkan daripada 5 juta liter lilin semasa perhimpunan krayon di Butenseken Sweden.

Berkaitan