Etimologi Kriogenik

Perkataan kriogenik berasal daripada bahasa Yunani dan bermaksud "penghasilan sejuk membeku"; namun istilah ini digunakan pada hari ini sebagai sinonim bagi keadaan bersuhu rendah. Takat suhu yang mana pendinginan berakhir dan kriogenik bermula tidak ditakrifkan dengan baik, tetapi kebanyakan saintis[2] menganggap kriogenik bermula pada atau kurang daripada suhu -150 °C atau 123 K. Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) di Boulder, Colorado menganggap bidang kriogenik melibatkan suhu kurang daripada -180 °C (93.15 K). Ini adalah garis pembahagi yang masuk akal, kerana takat-takat didih normal bagi apa yang dipanggil gas-gas kekal (seperti helium, hidrogen, neon, nitrogen, oksigen dan udara biasa) berada di bawah -180 °C manakala bahan pendingin Freon, hidrogen sulfida dan bahan-bahan pendingin lain memiliki takat didih di atas -180 °C.