Kesan-kesan Krisis_diplomatik_Qatar_2017

Perjalanan udara

Syarikat penerbangan utama yang berpangkalan di negara-negara ini termasuk Emirates, menghentikan perkhidmatan penerbangan ke Qatar.[47][48] Gulf Air,[49] EgyptAir,[50] FlyDubai, Air Arabia, Saudi Arabian Airlines dan Etihad Airways menghentikan penerbangan mereka ke dan daripada Qatar.[51] Bahrain,[52] Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu juga mengharamkan sebarang pesawat yang berdaftar di Qatar daripada menggunakan ruang udara mereka. Qatar mengubah laluan penerbangan mereka ke Afrika dan Eropah melalui Iran.[20]Sebagai tindak balas, Qatar Airways juga menghentikan operasi penerbangan ke Arab Saudi, UAE, Mesir, dan Bahrain.[51][53]

Pakistan International Airlines telah menghantar penerbangan khas untuk membawa balik lebih 200 orang jemaah Pakistan yang terkandas di lapangan terbang Doha.[54] Lebih daripada 550 orang jemaah Pakistan di Doha kemudian diterbangkan ke Muscat.[55]

Penerbangan jet persendirian juga terjejas oleh krisis ini. Para pegawai penerbangan perniagaan berkata penerbangan peribadi antara Qatar dan negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik perlu melakukan satu perhentian teknikal di negara ketiga. Pesawat yang didaftarkan di Qatar tidak boleh diterbangkan di negara-negara ini dan begitu juga sebaliknya. Meskipun pengguna jet perniagaan boleh memohon satu perjalanan tanpa henti, dua pegawai berkata ia telah ditolak menjadikan perhentian di negara ketiga diperlukan.[56]

Perkapalan

Makanan

Hampir 80% keperluan makanan Qatar datang daripada jiran-jiran Arabnya, dengan hanya 1% sahaja yang dikeluarkan dalam negara dan diimport daripada negara luar Teluk yang biasanya merentasi daratan yang bersempadanan dengan Arab Saudi yang kini ditutup.[57] Serta merta selepas ikatan hubungan ditamatkan, laporan tempatan menunjukan para penduduk yang panik menyerbu kedai makanan dengan harapan untuk menyimpan bekalan. Banyak trak-trak penghantaran makanan tersadai di sepanjang sempadan Arab Saudi-Qatar. Para pegawai Iran menawarkan bantuan penghantaran makanan.[58][59] Pada 8 Jun 2017, Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani berkata, "Kami tidak bimbang akan kekurangan bekalan makanan, kami tidak akan apa-apa. Kami boleh hidup begini selama-lamanya, kami sudah bersedia." Turki telah berjanji bekalan makanan dan air akan dihantar bersama-sama dengan penghantaran tentera mereka ke pangkalan Angkatan Tentera Turki di Qatar.[60]

Sekatan media

Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE telah menyekat capaian ke agensi berita Qatar termasuk salah sebuah agensi berita Arab paling popular yang berangkalan di Qatar iaitu Al Jazeera.[61] Arab Saudi telah menutup pejabat tempatan bagi Al Jazeera Media Network.[19] BBC membuat spekulasi bahawa perubahan-perubahan ke atas Al-Jazeera merupakan sebahagian daripada resolusi penyelesaian aman.[62]

UAE mengharamkan sebarang bentuk simpati kepada Qatar. Seseorang yang didapati mengeluarkan bentuk simpati kepada Qatar boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.[63]

Pada 8 Jun 2017, Bahrain juga mengharamkan sebarang bentuk simpati kepada Qatar. Pesalah akan didenda dan dipenjarakan sehingga 5 tahun.[64]

Kewangan

Tabung Kewangan Antarabangsa berkata ianya masih terlalu awal untuk menghakimi kesan kewangan ekoran krisis diplomatik ini.[65] Standard & Poor's menurunkan status hutang Qatar satu anak tangga daripada AA kepada AA- di sebabkan kejatuhan matawang Riyal Qatar yang paling rendah sejak 11 tahun.[66] Bursa Saham Qatar pula menjunam kepada 7.3%; tahap paling rendah dalam masa setahun dan menjunam 9.7% sejak 3 hari lepas.[67][68]

Perkhidmatan pos

Pada 6 Jun 2017, Emirates Post dari UAE, menghentikan perkhidmatan pos ke Qatar.[69]

Tenaga

Qatar merupakan sebuah pemimpin global dalam pengeluaran gas asli cecair production. Meskipun menghadapi hubungan yang memburuk, gas asli Qatar masih dieksport ke UAE dan Oman melalui Abu Dhabi menggunakan saluran paip milik Dolphin Energy. Saluran paip ini memenuhi sekitar 30-40 peratus keperluan tenaga UAE.[70][71] Kekangan perkapalan ekoran krisis ini juga menyebabkan gangguan beberapa penghantaran minyak dan gas ke/dari Teluk, yang mana mengakibatkan kesan besar kepada banyak pasaran tenaga tempatan. Pada 8 Jun 2017, United Kingdom yang mana hampir satu per tiga import gasnya datang daripada Qatar, harga masa depan gas meningkat hampir 4 peratus.[72][73]

Rujukan

WikiPedia: Krisis_diplomatik_Qatar_2017 http://www.news.com.au/finance/work/leaders/why-sa... http://www.afr.com/news/world/standard-and-poors-d... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/gazans-worri... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-diplom... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-diplom... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-justif... http://allafrica.com/stories/201706080163.html http://www.arabianbusiness.com/emirates-post-group... http://www.bbc.com/news/world-middle-east-40046782 http://www.bbc.com/news/world-middle-east-40155829