Krisis_hutang_Eropah

Krisis hutang Eropah berlaku sejak hujung 2009 hingga 2011 apabila pelabur enggan melabur kerana enggan berdepan dengan krisis hutang. Keadaan ini dihadapi oleh ahli 'Zon Euro' seperti Greece, Ireland ,Portugal dan Iceland. Keadaan ini hampir menyamai Krisis kewangan 2008 apabila keseluruhan sistem perbankan antarabangsa runtuh dan kerajaan tidak mampu menyelamatkan bank-bank. Krisis ini turut menyebabkan Krisis hutang Amerika Syarikat dan berjangkit ke negara-negara Asia. Krisis subprima menyebabkan banyak syarikat besar di AS perlu diselamatkan dan mendedahkan bank-bank pelaburan mereka.[1]Pada Mei 2011, kebimbangan dan hilang keyakinan ini timbul semula ekoran dari pembiayaan semula hutang Greece. Ini kerana rakyat Greece menolak langkah-langkah penjimatan dan keluar ke jalanan untuk menyatakan bantahan mereka sehingga terjadinya rusuhan. Pada akhir Jun 2011, kerajaan Greece meluluskan pakej penjimatan baru dan barulah Kesatuan Eropah berjanji akan menyokong negara itu.Rakyat Greece membantah kerajaan Greece menerima bantuan kewangan 30 bilion euro (RM127 bilion) daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kesatuan Eropah .Masalah kewangan Greece boleh merebak ke seluruh Eropah.Pada 9 Mei 2010, Menteri Kewangan Eropah meluluskan pakej menyelamat bernilai satu trilion dolar bagi memastikan kestabilan kewangan di seluruh Eropah . Pada 2 Mei 2010, Negara Zon Euro dan Tabung Kewangan Antarabangsa setuju memberi pinjaman € 110 bilion kepada Greece dengan jaminan ketat.Greece berjanji akan menaikkan cukai, memotong bajet dan mengetatkan dasar fizikalnya. Bantuan ini diikuti dengan € 85 bilion pakej menyelamat kewangan Ireland pada bulan November, dan € 78 bilion untuk menyelamatkan Portugal pada Mei 2011.Ini adalah krisis Zon Euro yang pertama sejak ditubuhkan pada 1999. Jelas sekali Zon Euro jauh dari kawasan mata wang optimum. Dolar dalam bahaya berbanding euro.Standard and Poor’s (S&P) telah menurunkan penilaian (rating) hutang kerajaan bagi Portugal dan Sepanyol .