Krisis hutang pemerintah Yunani ialah salah satu daripada beberapa
krisis hutang Eropah semasa.Bermula pada akhir 2009, kebimbangan mengenai
krisis hutang negara muncul di kalangan
pelabur mengenai keupayaan Yunani untuk memenuhi kewajipan hutang disebabkan oleh peningkatan tinggi dalam tahap
hutang pemerintah.
[1][2] Ini membawa kepada krisis keyakinan, ditandakan dengan pelebaran
rebakan hasil bon dan kos insurans risiko
pertukaran mungkir kredit berbanding negara lain, terutamanya Jerman.
[3][4] Penurunan hutang pemerintah Yunani ke status
bon kualiti rendah pada April 2010 menimbulkan kecemasan dalam pasaran kewangan. Pada 2 Mei 2010, negara
zon euro dan
IMF mempersetujui pinjaman €110 bilion untuk Yunani, tertakluk kepada pelaksanaan langkah-langkah penjimatan keras. Pada bulan Oktober 2011, pemimpin zon Euro bersetuju menawarkan pinjaman kedua, €130 bilion bagi keperluan kewangan Yunani bagi tahun fiskal 2012 dan 2013. Selain langkah penjimatan, pinjaman ini mensyaratkan semua pemiutang bersetuju langkah penstrukturan semula hutang Yunani. Tempoh pembayaran semula dilanjutkan kepada 15 tahun, kadar faedah diturnkan kepada 3.5%, dan pemegang bon menerima penghapusan nilai nominal 50% hutang mereka. Yunani perlu menerima syarat ini selewat-lewatnya Mac 2012, atau "mungkir negara" akan diisytiharkan.Di sidang kemuncak EU pada 2011, para pemimpin mengambil dua langkah bagi mengurangkan risiko
menularnya krisis ini, sekiranya Yunani mungkir. Langkah tersebut ialah meningkatkan
EFSF kepada €1 trilion dan mewajibkan bank-bank Eropah untuk mencapai permodalan 9% bagi agar cukup kukuh dan dapat menyerap kerugian.