Krisis_politik_Thailand_2008
Krisis_politik_Thailand_2008

Krisis_politik_Thailand_2008

Krisis politik Thailand 2008 ialah konflik di antara Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) dengan parti kerajaan Parti Kuasa Rakyat (PPP) di bawah pimpinan Samak Sundaravej dan Somchai Wongsawat. Ia merupakan sambungan kepada krisis politik Thai 2005-2006, di mana PAD memprotes parti kerajaan Thai Rak Thai (TRT) pimpinan Thaksin Shinawatra.[1] Protes ini dilakukan akibat amalan yang dilihat sebagai kronisme, salah guna kuasa dan penyelewengan oleh ketiga-tiga Perdana Menteri tersebut.Dasar krisis 2008 ini ialah PAD mendakwa Samak dan Somchai sebagai proksi Thaksin. Pada 2006, perjuangan PAD membawa kepada rampasan kuasa di Thailand 2006. Satu jawatankuasa yang dilantik junta tentera menulis kembali Perlembagaan Thailand manakala satu mahkamah yang dilantik junta membubarkan Thai Rak Thai dan melarang Thaksin dari politik selama lima tahun. Ramai ahli TRT menyertai PPP, yang kemudian memenangi pilihan raya parlimen yang diadakan oleh junta. PAD yang telah membubarkan dirinya secara sukarela selepas rampasan kuasa tersebut, membentuk semula dirinya dan meneruskan demonstrasi menentang kerajaan baru PPP.Semasa krisis ini, Tentera Darat Diraja Thai enggan mengikut arahan kerajaan untuk menguatkuasakan Dekri Darurat selepas PAD mengepung Rumah Kerajaan. Tentera sekali lagi enggan mengikut arahan untuk mengusir PAD selepas mereka mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Sebaliknya tentera mencadangkan PAD meninggalkan lapangan terbang dan kerajaan meletak jawatan, namun ditolak. PAD disokong dan diketuai beberapa tokoh dari parti pembangkang Parti Demokrat termasuklah Somkiat Pongpaiboon dan Kasit Piromya.[2] PAD turut disokong oleh kesatuan sekerja sektor awam Thailand yang diketuai Sawit Kaewvan. Kesatuan ini mewakili 200,000 pekerja dari 43 agensi kerajaan.[3]Pada Disember 2008, Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa PPP dan dua lagi parti dalam kerajaan campuran bersalah atas tuduhan penipuan semasa pilihan raya lepas. Parti-parti ini diarahkan dibubarkan dan para pemimpinnya dilarang mememgang jawatan politik selama lima tahun. Perdana Menteri Somchai Wongsawat lalu meletak jawatan dan para pembantah PAD bersetuju beredar dari lapangan terbang.[4][5]Ahli PAD yang berpakaian serba kuning, warna diraja, mendakwa mereka mempertahankan Raja Bhumibol Adulyadej dan pemerintahan diraja daripada kononnya ketidaksetiaan Thaksin. Bhumibol bagaimanapun tidak membuat sebarang kenyataan umum terhadap krisis tersebut dan PAD.

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Thailand_2008 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.nationmultimedia.com/2008/10/29/politic... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=092... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...